Update Terkini

Majlis Perkahwinan | Saiful + Mimi

Regards,

Palie Massa [Massa Studio]
+6013 981 1070
Email : wmf2099@yahoo.com
Website : http://www.mediaseni.com
Blog : http://www.mediaseni.com/blog
Facebook : Massa Studio

Support Massa Studio by clicking the ads. Thank you!

Perkahwinan Bahagia | Tips #16

aifa8

Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

#tipsperkahwinanbahagia

Perkahwinan Bahagia | Tips #15

10854394_987774141235088_5502413929681988344_o

Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat ‘membaca’ isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi ‘ahli nujum’ pula.

#tipsperkahwinanbahagia

Perkahwinan Bahagia | Tips #14

10998088_987772904568545_4557310230708897139_o

Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti ‘saya suka senyuman awak’ atau ‘terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.’

#tipsperkahwinanbahagia

Perkahwinan Bahagia | Tips #13

10968497_978963918782777_7080141493098360458_n

Jika anda tidak menunjukkan rasa cinta pada pasangan anda, mereka tidak akan tahu. Anda perlu sentiasa tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda sama ada dengan kata-kata atau fizikal.

#tipsperkahwinanbahagia

Majlis Akad Nikah | Hanan + Hadi

Regards,

Palie Massa [Massa Studio]
+6013 981 1070
Email : wmf2099@yahoo.com
Website : http://www.mediaseni.com
Blog : http://www.mediaseni.com/blog
Facebook : Massa Studio

Support Massa Studio by clicking the ads. Thank you!

Perkahwinan Bahagia | Tips #12

10919040_959446104067892_6578410922856841945_n

Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

#tipsperkahwinanbahagia

Perkahwinan Bahagia | Tips #11

10931397_959477644064738_3430937314642755722_n

Berikan komitmen pada keluarga anda. Letakkan keluarga sebagai urusan utama anda pada setiap hari. Lakukan apa yang perlu untuk menguruskan keluarga anda. Jika keluarga anda mengalami masalah, anda perlu melindungi dia. Jika pasangan anda rasa kurang bersemangat, anda perlu sentiasa memberi dia kata – kata semangat.

#tipsperkahwinanbahagia